Maklumat am Anugerah_Bintang_Popular_Berita_Harian_ke-25

ABPBH 2011 diperkenalkan di sebuah sidang media di di Holiday Villa Hotel and Suite, Subang Jaya pada 29 November 2011.[3] Sempena keraian majlis yang ke-25, satu anugerah istimewa iaitu Anugerah Seri Perak ditawarkan buat salah seorang pemenang Bintang Paling Popular dalam sejarah 24 tahun penganjuran ABPBH yang menerima undian terbanyak daripada peminat.[4]

Di samping kategori-kategori yang biasa dipertandingkan, juga dianjurkannya lima anugerah khas online sebagai salah satu peraduan bagi peminat yang ingin mendapatkan tiket percuma untuk menyaksikan majlis ABPBH di Arena of Stars.[5] Tempoh undian bagi kategori-kategori khas ini adalah 13 Januari hingga 15 Mac, dan pemenang-pemenang anugerah ini diumumkan lebih awal daripada upacara.

Senarai calon muktamad ABPBH 2011 diumumkan di satu lagi sidang media di hotel yang sama pada 11 Januari 2012.[6] Juruhebah radio dan personaliti televisyen serta salah seorang pengacara majlis ini, Sharifah Shahirah mendapat bilangan pencalonan terbanyak dalam empat kategori iaitu Artis Komedi Wanita Popular, Penyampai TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.[7] Tempoh mengundi adalah 13 Januari hingga 26 Mac 2012[8], dan para peminat boleh mengundi secara menghantar borang dari akhbar Berita Harian mahupun di Internet di tapak sesawang rasmi ABPBH.

Rujukan

WikiPedia: Anugerah_Bintang_Popular_Berita_Harian_ke-25 http://www.budiey.com/senarai-top-5-finalis-anuger... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://archive.is/20121118004910/http://abpbh.com.... http://abpbh.com.my/blog/2012/01/hadiah-menarik-me... http://abp.bharian.com.my/ http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&f... http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/... http://www.penguin.com.my/?m=hiburan&c=hiburan_det... https://archive.is/20121127233726/www.gua.com.my/b...